Tentang Lucee Malaysia
Lucee Malaysia ialah hab komuniti untuk pembangun di Malaysia yang membina sistem dengan Lucee dan CFML.
Apa yang ada di sini
- Soal jawab: masalah teknikal, bug dan penyelesaian, dengan penanda "Penyelesaian Terbaik" supaya pembaca akan datang terus jumpa jawapan.
- Artikel & tutorial: penyediaan pelayan (Lucee + Tomcat + Docker + Nginx/Traefik), migrasi Adobe ColdFusion ke Lucee, keselamatan, prestasi dan integrasi tempatan (FPX, ToyyibPay, Billplz, MyInvois).
- Suapan komuniti: kemas kini pantas, soalan ringkas dan pameran projek, disusun mengikut tag.
Berpaksikan topik, bukan profil
Semua kandungan di sini disusun mengikut topik dan perkongsian ilmu. Setiap pos wajib bertag, kandungan bagus naik melalui undian, dan reputasi mencerminkan sejauh mana anda membantu orang lain.
Pelan seterusnya
Akan datang: Lucee MY Docs (dokumentasi Bahasa Melayu), lencana, buletin mingguan, acara dan meetup, pameran "Built with Lucee in Malaysia", direktori modul CFML, papan kerja dan cabaran kod bulanan.
Sumber terbuka
Portal ini sendiri ditulis dalam CFML dan berjalan di atas Lucee 7. Sumbangan amat dialu-alukan.